The Ads

Search This Blog

Sunday, January 29, 2012

Chicken Pie


meh kita meng'update' resepi lagi... hhmm kali ni resepi chicken pie tradisi family en. pai. dulu-dulu kalo i nak makan chicken pie, harus mencarinya kat bakery.... tapi sejak kahwin dengan en. pai, i belajar buat chicken pie ni dari family belah my mil dan kalau uolls nak tau resepinya simple jer but so delicious! lagipun chicken pie makanan kegemaran my en. pai!..... hmm patutlah nickname dia pun pai kann! haishhh melalut pulak, dah jom terjah resepi....tapi kali ni i main tipu tau..... mood malas nak menguli tepung buat pastry puff, so i pakai yang instant jer yer! janji sodap....hehehe



bahan-bahan :
2 peket pastry puff brand kawan
4 ketul ayam bahagian thigh (direbus bersama hirisan halia, kemudian isi ayam dicarik-carik kecil)
3 batang carrot (potong dadu)
1 tin kecil kacang peas
2 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 sudu kecil lada sulah
1 kiub ayam knor
garam secukupnya
air rebusan ayam
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)

cara memasak intinya :
mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu tadi. bila dah agak garing, masukkan kiub ayam dan kacau rata. selepas tu masukkan carrot dan kacau lagi sehingga separuh masak. kemudian masukkan lada sulah, garam dan air rebusan ayam dalam 1 hingga 1 1/2 cawan. kacau seketika dan seterusnya masukkan isi ayam yang telah dicarik-carik berserta kacang peas. untuk melikatkan inti masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. kacau sehingga inti memekat. sebaiknya inti mestilah basah-basah supaya bila pai dibakar inti tidak mengering. so jadilah yang macam dalam gambar kat bawah ni....


so bila inti dah sejuk, bolehlah mula membuat pai mengikut acuan yang diingini yer. i pakai loyang acuan yang bulat-bulat dan bersaiz sederhana. selepas inti diisi mestilah ditutupkan dengan kulit puff mengikut design yang disukai bagi mengelak inti pai tersembur keluar bila dibakar. suhu untuk membakar pai lebih kurang 180-200 darjah celsius dan masa membakar pai lebih kurang dalam 30 minit.



sila abaikan rupanya yang agak tercompang camping tu yer.... actually masa membuat pai ni, i train my princess sekali. tang design 'X' tu si hanah lah yang buat.....



nota piede : anak pompuan seawal usia 9 tahun, kita mesti dah mula train dia masuk dapur. kalau tak nanti bawang merah dengan bawang putih pun tak kenal!



Wednesday, January 25, 2012

Jepang '88 In Memory



afternoon uolls! dah lunch ke? hari ni i heavy breakfast so malas nak kluar lunch. lagipun takde geng.... ramai yg cuti hari ni. maklumlah memasing mood holiday and CNY.

oklah sebenarnya i nak cerita sesuatu yang buat i happy hari ni. pepagi on je fb, i dikejutkan dgn message dari my long lost friend ...... alhadi bujang. actually he was my good friend during my primary school at kuching, sarawak. tak sangka kan dengan adanya fb ni kadang-kadang membantu jugak kita menjejaki geng-geng lama zaman sekolah rendah. masa dulu-dulu, family i ni memang sentiasa merantau dari sabah sampailah ke sarawak dan kemudian balik semula ke kuala lumpur. tapi banyak-banyak tempat kitorang merantau, memang hati i dekat sangat di sarawak. i pun tak tau kenapa. maybe disebabkan bahasa pasarnya yang buat hati i ni melekat di kuching. setelah lama meninggalkan kuching pun i masih boleh lagi cakap sarawak....kelassss kann! so pagi ni alhadi add i dlm group jepang 88. hahahahhahahaa nang happy gilak kamek tok ko! and... yang paling best sidak jepang masih ingat lagik dengan kamek tok..... thanks korang! rindu pulak zaman sekolah kat jepang dulu....

hopefully kita semua akan terus keep in touch okay! kalau ada sesapa geng jepang '88 yang nak datang kl tu, jangan lupa call i tau. bolehlah kita bersua muka. to all geng jepang '88, insyaAllah kalau tak ada aral melintang i akan menyerang kuching. nanti korang bentang karpet merah eh!! hahahahahah guhgou jak! ngegeh kamek tok ooo! hahahhahahaa ......bestkan kalau dapat buat reunion! 


Monday, January 23, 2012

Sotong Masak Hitam

hai uolls! lama benor rasanya dah tak mengupdate resepi air tangan kann! oklah setelah sekian lama membatukan diri, hari ni nak share resepi tradisi family sebelah my father....




bahan A :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras


bahan B :
1 1/2 sudu besar cili boh


sotong putih ( sebaiknya bersaiz kecil & jangan dibuang hitamnya )
air asam jawa
garam dan gula
minyak masak
garam & gula secukupnya


caranya :
kisar bahan A sehingga halus. panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga garing. masukkan bahan yang dikisar tadi, kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. kemudian masukkan air asam jawa dan tambahkan sedikit air ikut keperluan. rasakan garam dan gula secukupnya. biarkan seketika dan masukkan sotong. apabila sotong sudah masak dan mesra bersama kuahnya, tutupkan api dapur. sedia untuk dihidang.


selamat menjamu selera!

Thursday, January 19, 2012

It's All About Car!

salam rindu kat uolls sume! ishhh ishhh lama sangat rasanya mood berblogging i campakkan ke laut......ke padang pasir...... ke hutan belantara! kalau ikutkan memang ler hati ni meronta-ronta rindu blogging, namun apakan daya dek kerana memanjang je busy sampai langsung tak boleh nak curi masa sikit walaupun kat rumah. macam poyo je kan i ni! hehehe.....

oklah kita layan cerita baru si little faidhi.... lately i dok perasan si faidhi ni suka sangat dengan model-model kereta. pegi mana pun dia akan cerita pasal kereta. mana je kereta yang dia nampak kat atas jalan raya tu, sedaya upaya dia akan hafalkan apa model kereta tu......  bila nampak je kereta yang dia minat, mulalah asyik tanya itu ini sampai dah tak terlayan. tapi yang paling tak tahan tu, sejak akhir-akhir ni asal pegi bookshop je dia minta belikan magazine yang ada gambar kereta...haishhhhh faidhi faidhi...... boleh tahan gak harga magazine tu. so faidhi's new hobby..... mengumpul any of car magazine!


peace yeowww!



Sunday, January 8, 2012

Permata Hati Mama

tak ada apa yang lebih membahagiakan hati mama selain dari melihat wajah-wajah comel dan kesayangan mama. resah gelisah hati ni bila berjauhan seketika walaupun pada ketika mama di tempat kerja....ntahlah sukar nak dinyatakan persaan mama ni. bagi mama, hanah, chal, adhi adalah hidup mama.....jiwa dan raga mama..... kamu semua adalah permata hati mama, pengikat kasih sayang mama dan baba. akan mama abadikan setiap saat kebahagian yang kamu semua berikan......senyuman, gelak ketawa, senda gurau, jenaka...... segala yang mama abadikan akan menjadi tatapan mama dikala rindu bila permata hati mama tiada di depan mata....








nota piede : mama sentiasa doakan kesejahteraan buat anak-anak mama.....semoga menjadi anak yang baik, berpekerti mulia dan tinggi imannya serta berjaya dalam hidup baik didunia maupun di akhirat......amin


Saturday, January 7, 2012

Sago Mata Ikan



juadah minum petang yang sangat mudah
senang nak sediakannya dan cepat
petang tadi memang kemalasan melanda
tapi untuk tidak menghampakan anak-anak
bahan ini jelah yang dapat di godek kat dapur

bahan-bahan
2 cawan sago (putih/merah/hijau) ikut suka
1 atau 1.5 cawan gula pasir - i tak suka manis sangat
4 cawan air
daun pandan
kelapa parut


cara-cara
cuci sago tu terlebih dahulu
lepas tu masakkan air bersama gula sampai gula cair
masukkan daun pandan supaya air gula tu wangi
bila air gula dah mendidihmasukkan sago
kacau sentiasa supaya tak melekat
bila sago dah kelihatan pekat
tutupkan api dapur
dan bolehlah masukkan sago
kedalam loyang dan ratakan
sejukkan sago tu dulu sebelum dipotong
kukuskan kelapa parut dalam 5-6 minit
gaulkan sedikit garam
lepas tu bolehlah digolekkan sago 
bersama kelapa parut tadi
sedia untuk dihidang

Friday, January 6, 2012

Happy Birthday Hanah!


right from the very first time baba and mama helds you in our arms, we knew you were special. today we find ourselves really happy to see you grown up so beautifully. happy birthday to our lovely princess....hanah.

as today is your special day, we've got something for you..........surpriseeeeeeeeeeeeeee!!!


hadiah yang so sweet dari mama



hadiah yang sangat special dari baba

meraikannya bersama dengan penuh kasih sayang.... no matter how many birthdays come and go, you'll always be my little girl

mama, baba, chal and adhi loves you so much!







Monday, January 2, 2012

Goodbye 2011, Hello 2012 !

salam sayang dan rindu uolls!
well, tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya..... dan kini 2012 sudah pun menjelma. hhmm apa agaknya azam uolls untuk tahun baru ni ye? ke.... masih meneruskan lagi azam tahun lepas yang masih belum terlaksana? apa yang pasti setiap orang ada azamnya sendiri, dan apa pun azam kalian i harap semuanya dapat dikecapi akhirnya okay!
hahhh??? azam tahun baru i? hahahahhaa...... seperti biasalah, sebagai seorang anak, isteri dan mama kepada anak-anak.... tentunya azam yang sama setiap tahun akan i pertahankan. i sangat-sangat berharap semoga i dapat melaksanakan segala tanggungjawab sebagai anak, isteri mahupun mama dengan lebih baik dari tahun ke tahun. semoga tahun ni i masih diberi peluang dari yang Esa untuk membalas segala jasa mak dan dapat memberikan lebih lagi kebahagian dihatinya. buat suami tercinta dan anak-anak yang dikasihi, i harap dapat terus bersamanya mengecapi kebahagian dan keharmonian, saling memahami serta bersama-sama memikul segala tanggungjawab dalam menaikkan taraf keluarga bagi memastikan kesempurnaan masa depan anak-anak kami.......insyaAllah. dalam kerjaya pula, sudah tentulah i akan buat yang terbaik demi masa depan yang lebih cerah...... semoga perjalanan tahun 2012 ini akan lebih mudah buat i sekeluarga.....dan begitu juga uolls ya! sama-samalah kita berusaha demi kebaikan bersama...... selamat tahun baru semua!


Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com