The Ads

Search This Blog

Monday, May 16, 2011

A True Friend




In ancient Greece, Socrates was reputed to hold knowledge in high esteem. One day one fellow met the great philosopher and said, "Do you know what I just heard about your friend?". "Hold on a minute," Socrates replied. "Before telling me anything I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test.". "Triple filter?". "That's right," Socrates continued. "Before you talk to me about my friend, it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say. That's why I call it the triple filter test. The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?" "No," the man said, "actually I just heard about it and...". "All right," said Socrates. "So you don't know if it's true or not. Now let's try the second filter, the filter of Goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?" . "No, on the contrary...". "So," Socrates continued, "you want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: the filter of Usefulness. Is what you want to tell meabout my friend going to be useful to me?" "No, not really." "Well," concluded Socrates, "if what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?" 
- Socrates


Lesson:

Well we can always participate in loose talks to curb our boredom. But when it comes to you friends its not worth it. Always avoid talking behind the back about your near and dear friends.

Amir Amira - ikutkan jer!

Last weekend dgn bebudak tido kat umah mak, terpaksa tinggalkan en. Pai kesorangan. Sorry ye sayang... nak layan bebudak ni pergi mengintai AF. Sibuk sgt diorang nak tengok bebudak AF dlm kaca tuh! Rumah mak pun dekat dgn JJ Setiawangsa so ikutkan jer ler.











Tpkan yg sedihnya tu sampai sana sume budak AF tak de. Diorang dah kluar.... Frust betul.... Sorry ye my amir amira, next time kita pegi intai AF lagi ye...

Saturday, May 14, 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang

salam uolls! n3 hari ni nak share resepi asam pedas gaya johor. tp resepi asam pedas ni resepi turun temurun dari nenek moyang i yg sebelah johor tau. mungkin bahan-bahannya agak sama tp cara memasaknya agak berbeza. dah lama juga tak masak ikan sembilang ni, ntah macam mana plak en. pai i mengidam nak makan ikan sembilang masak asam pedas... so dgn setianya dan menurut perintah, inilah........





Bahan-bahannya :
Seekor ikan sembilang - potong lebih kurang sebesar 6cm
1/2 cawan air asam jawa
Segenggam daun kesum
2 sudu cili boh
2 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan yang dikisar :
8 biji cili merah
7 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5cm kunyit hidup
3cm Belacan 

Cara membuatnya :
Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Biarkan sehingga naik bau dan masukkan cili boh. Biarkan seketika sehingga garing. Kemudian masukkan pula bahan-bahan yg dikisar sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Tambahkan air ikut keperluan masing-masing, kacau dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan dan daun kesum, kacau perlahan dan biarkan mendidih. Kecilkan api dapur dan biarkan seketika sehingga terbit minyak. Agak ikan dah mesra alam dgn kuahnya, tutupkan api. Sedia dihidang.















Friday, May 6, 2011

Mee Udang Mak Jah


Today's n3 I want to share the story of 'Mee Udang' the most delicious in Kuala Sepetang. Actually Kuala Sepetang memang sgt terkenal dgn mee udangnya, tp ada satu gerai ni yg betul2 buat i teruja....'Mak Jah Mee Udang' (promote baik punye... harap2 lain kali pergi dpt makan free! hehehee). Di gerai ni kalau nak cerita menu 'udang' sampai esok pun tak habis, bukan setakat menu 'udang' saja ya.... tp macam2 ada. Bagi i memang sgt puas hatilah! Ni diantara gambar2 menu yg i order masa tu....














nota piede : so lain kali kalau uolls pergi Perak, jgn lupa singgah kat Kuala Sepetang ye......

Thursday, May 5, 2011

18 Tahun Berlalu...


apabila dihitung 18 tahun adalah satu jangkamasa yg amat panjangkan
tp kekadang rasanya mcm baru semalam je berlaku. 
ayah......... pemergianmu di waktu along dan adik2 masih dahagakan kasih
sayang dan perhatian benar2 menguji diri kami ini. ketika itu juga kami bertiga
masih lagi bersekolah dan masih lagi mengharapkan agar ayah dapat sama2
melihat kami membesar dan melihat kami semua berjaya dalam hidup dan kerjaya. 
namun itu hanyalah harapan seorang anak sahaja.
pergimu yg secara tiba2 itu buatkan along tidak dapat menerima pada awalnya
ayah, masih segar lagi di ingatan along ni pada pagi sebelum subuh
ayah menghembuskan nafasmu yg terakhir..... 
lebih kurang pukul 4.30 pagi selepas mak selesai bersahur untuk melunaskan 
puasa gantinya mak masuk ke bilik dan terperanjat melihat keadaan ayah yg
seolah-olah sukar utk bernafas mak cuba utk memanggil-manggil ayah tp ayah
masih tidak sedar dan hanya kelihatan dada sahaja yang seperti
berombak-ombak mak jadi panik pada ketika itu dan orang pertama yg
dikejutkan adalah along..... along bergegas bangun kerana risaukan keadaan mak
yg seperti orang tak tentu arah.... "zah tolong tengokkan ayah tu
mcm sesak nafas je mak dah cuba kejutkan tp ayah masih tak sedarlah. mak risau ni
mak nak call pakcik rahman & pakcik yahya (jiran kami yg paling rapat)
skejap minta tolong" semasa disisi ayah along sendiri tak tau nak buat apa
hanya cuba kejutkan dan berharap ayah dpt bernafas dgn baik semula. 
di waktu kejadian angah tak ada dirumah kerana dia bersekolah asrama penuh
di pekan, pahang. adik pulak masih kecil lagi waktu itu, kalau tak silap adik masih
di dalam darjah 3. nak kejutkan adik, apalah yg dia tau, budak kecik lagi
sampai saja pakcik rahman & pakcik yahya
mereka terus menuju ke bilik utk melihat keadaan ayah
dalam keadaan yang agak kelam kabut itu tiba-tiba bertukar menjadi suasana yg 
penuh sedih dan sayu mereka apabila mereka mengesahkan yg ayah sudah tiada lagi
ya Allah kenapa pada masa tu, kenapa tak Kau panjangkan sedikit masa lagi? 
kami semua masih memerlukan ayah...
tak dpt kubayangkan wajah sedih mak ketika itu dan 
begitu juga aku yg seperti sudah tidak berdaya berdiri lagi 
ayah.... kenapa secepat ini.... tidakkah ayah kesian kami adik beradik yang masih
lagi terkapai-kapai dalam mengharungi onak ranjau hidup ini
along akui pada ketika itu memang along seperti tidak dapat menerimanya
namun apakan daya along pasrah dan redha atas ketentuan Ilahi
sebagai anak yg sulung, along menjalankan tanggungjawab utk memaklumkan kpd 
semua kaum keluarga diatas pemergian ayah... 
pilu rasanya hati setiap kali aku mengungkapkan kata2, 
"...nak bagi tau, ayah dah tak ada"......
seharian pd tanggal 4 februari 1993 kami sekeluarga diselubungi kesedihan yg tak 
dpt digambarkan....hilanglah sudah tempat utk mak dan kami adik beradik
bergantung.... semua itu berlalu terlalu pantas... 
pernah juga kekadang hati ini dicuit rasa sedih dan cemburu 
apabila melihat kawan2 yg masih mempunyai ayah disisi
ayah, ini adalah sekadar rintihan hati anakmu..... 
"along sedih dan rasa terkilan kerana tidak dpt berkongsi cerita gembira
tentang perkahwinan along cerita anak2 along, kerjaya dan kebahagian keluarga
yg along bina bersama suami along rindukan gelak tawa, peluk cium dan juga
suara ayah yg garang kalau dah marah tu..... ayah, semua itu adalah kenangan
terindah utk along jadikan sandaran dalam membina kebahagian keluarga along
sendiri segala kata nasihat dan cara didikan ayah pada along dulu
akan along jadikan amalan pada anak2 nanti
ayah, along rindu sangat kat ayah......
rindu yang along sendiri tak dapat nak diungkapkan.....

"Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah ayahku lakukan di dunia ini
Kau tempatkanlah dia di Syurga, dan jauhkanlah dia dari azab api neraka
Ya Allah, Kau cucurikanlah rahmat ke atas rohnya"...... Amin...

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com