The Ads

Search This Blog

Thursday, May 5, 2011

18 Tahun Berlalu...


apabila dihitung 18 tahun adalah satu jangkamasa yg amat panjangkan
tp kekadang rasanya mcm baru semalam je berlaku. 
ayah......... pemergianmu di waktu along dan adik2 masih dahagakan kasih
sayang dan perhatian benar2 menguji diri kami ini. ketika itu juga kami bertiga
masih lagi bersekolah dan masih lagi mengharapkan agar ayah dapat sama2
melihat kami membesar dan melihat kami semua berjaya dalam hidup dan kerjaya. 
namun itu hanyalah harapan seorang anak sahaja.
pergimu yg secara tiba2 itu buatkan along tidak dapat menerima pada awalnya
ayah, masih segar lagi di ingatan along ni pada pagi sebelum subuh
ayah menghembuskan nafasmu yg terakhir..... 
lebih kurang pukul 4.30 pagi selepas mak selesai bersahur untuk melunaskan 
puasa gantinya mak masuk ke bilik dan terperanjat melihat keadaan ayah yg
seolah-olah sukar utk bernafas mak cuba utk memanggil-manggil ayah tp ayah
masih tidak sedar dan hanya kelihatan dada sahaja yang seperti
berombak-ombak mak jadi panik pada ketika itu dan orang pertama yg
dikejutkan adalah along..... along bergegas bangun kerana risaukan keadaan mak
yg seperti orang tak tentu arah.... "zah tolong tengokkan ayah tu
mcm sesak nafas je mak dah cuba kejutkan tp ayah masih tak sedarlah. mak risau ni
mak nak call pakcik rahman & pakcik yahya (jiran kami yg paling rapat)
skejap minta tolong" semasa disisi ayah along sendiri tak tau nak buat apa
hanya cuba kejutkan dan berharap ayah dpt bernafas dgn baik semula. 
di waktu kejadian angah tak ada dirumah kerana dia bersekolah asrama penuh
di pekan, pahang. adik pulak masih kecil lagi waktu itu, kalau tak silap adik masih
di dalam darjah 3. nak kejutkan adik, apalah yg dia tau, budak kecik lagi
sampai saja pakcik rahman & pakcik yahya
mereka terus menuju ke bilik utk melihat keadaan ayah
dalam keadaan yang agak kelam kabut itu tiba-tiba bertukar menjadi suasana yg 
penuh sedih dan sayu mereka apabila mereka mengesahkan yg ayah sudah tiada lagi
ya Allah kenapa pada masa tu, kenapa tak Kau panjangkan sedikit masa lagi? 
kami semua masih memerlukan ayah...
tak dpt kubayangkan wajah sedih mak ketika itu dan 
begitu juga aku yg seperti sudah tidak berdaya berdiri lagi 
ayah.... kenapa secepat ini.... tidakkah ayah kesian kami adik beradik yang masih
lagi terkapai-kapai dalam mengharungi onak ranjau hidup ini
along akui pada ketika itu memang along seperti tidak dapat menerimanya
namun apakan daya along pasrah dan redha atas ketentuan Ilahi
sebagai anak yg sulung, along menjalankan tanggungjawab utk memaklumkan kpd 
semua kaum keluarga diatas pemergian ayah... 
pilu rasanya hati setiap kali aku mengungkapkan kata2, 
"...nak bagi tau, ayah dah tak ada"......
seharian pd tanggal 4 februari 1993 kami sekeluarga diselubungi kesedihan yg tak 
dpt digambarkan....hilanglah sudah tempat utk mak dan kami adik beradik
bergantung.... semua itu berlalu terlalu pantas... 
pernah juga kekadang hati ini dicuit rasa sedih dan cemburu 
apabila melihat kawan2 yg masih mempunyai ayah disisi
ayah, ini adalah sekadar rintihan hati anakmu..... 
"along sedih dan rasa terkilan kerana tidak dpt berkongsi cerita gembira
tentang perkahwinan along cerita anak2 along, kerjaya dan kebahagian keluarga
yg along bina bersama suami along rindukan gelak tawa, peluk cium dan juga
suara ayah yg garang kalau dah marah tu..... ayah, semua itu adalah kenangan
terindah utk along jadikan sandaran dalam membina kebahagian keluarga along
sendiri segala kata nasihat dan cara didikan ayah pada along dulu
akan along jadikan amalan pada anak2 nanti
ayah, along rindu sangat kat ayah......
rindu yang along sendiri tak dapat nak diungkapkan.....

"Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah ayahku lakukan di dunia ini
Kau tempatkanlah dia di Syurga, dan jauhkanlah dia dari azab api neraka
Ya Allah, Kau cucurikanlah rahmat ke atas rohnya"...... Amin...

2 comments:

zamreen said...

Al-Fatihah. Semoga roh-Nya dicucuri rahmat.

Zetty Adam said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sedih membacanya.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com