The Ads

Search This Blog

Monday, October 17, 2011

Siakap With Special Sauce

selamat beristirehat uolls...
tentu masing-masing rasa penat malam ni kan, almaklum 1st day in a week lah katakan. uolls dah makan malam ke ni? kalau belum dan tak tau nak masak apa, malam ni i nak share resepi istimewa ciptaan i sendiri. so, resepi nak kata sweet n sour pun bukan, 3 rasa pun bukan.... tapi sekali pandang macam ada juga resepi ala-ala tu. sebenarnya tadi dok main campak-campak je bahan, last-last inilah hasilnya.... tak tau nak bagi nama apa, so bagilah nama siakap with special sauce. mestilah special kan, i cipta sendiri! huhu....




bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap
2 biji bawang putih diracik
1/2 inci halia dihiris halus
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah & hijau dipotong serong
1/2 biji capsicum hijau dipotong kecil
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air - pekatkan kuah
garam & gula secukup rasa

cara-caranya :
mula-mula ikan dilumur dengan garam dan tepung jagung. goreng dalam minyak yang banyak. selepas garing ketepikan ikan sebentar. dalam kuali yang sama, kurangkan minyak, kemudian tumis cili boh dahulu sehingga garing. selepas tu masukkan bawang putih dan halia, biarkan sehingga naik bau. kemudian masukkan segala jenis sos kat atas tu tadi. kacau sehingga sebati. bila naik minyak masukkan bawang besar dan kacau seketika. selepas tu masukkan air bancuhan tepung jagung mengikut keperluan kuantiti dan kepekatan kuah yang di ingini. kemudian dimasukkan cili merah, cili hijau dan capsicum. rasakan garam dan gula secukupnya, dan bolehlah curahkan kuah ke atas ikan siakap tu tadi. sedia untuk dihidang.

selamat mencuba!



1 comment:

Azhafizah MN said...

kak,boleh meleleh air liur ni..dahle tgh lapa hujan2 ni.nanti fiza try resepi ni..nak g buat puding trifle jap..hehe..xtahulah jadi ke x

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com