salam rindu kat uolls sume! ishhh ishhh lama sangat rasanya mood berblogging i campakkan ke laut......ke padang pasir...... ke hutan belantara! kalau ikutkan memang ler hati ni meronta-ronta rindu blogging, namun apakan daya dek kerana memanjang je busy sampai langsung tak boleh nak curi masa sikit walaupun kat rumah. macam poyo je kan i ni! hehehe.....
oklah kita layan cerita baru si little faidhi.... lately i dok perasan si faidhi ni suka sangat dengan model-model kereta. pegi mana pun dia akan cerita pasal kereta. mana je kereta yang dia nampak kat atas jalan raya tu, sedaya upaya dia akan hafalkan apa model kereta tu...... bila nampak je kereta yang dia minat, mulalah asyik tanya itu ini sampai dah tak terlayan. tapi yang paling tak tahan tu, sejak akhir-akhir ni asal pegi bookshop je dia minta belikan magazine yang ada gambar kereta...haishhhhh faidhi faidhi...... boleh tahan gak harga magazine tu. so faidhi's new hobby..... mengumpul any of car magazine!
peace yeowww!
1 comment:
wahh minat kete..pasni mesti mintak mainan kete je la ni.hehe
Post a Comment