hahhh mesti uolls tertanya-tanya apa ke benda pulak tajuk entri i kali ni kan! nama haiwan ke? jenis haiwan ke? hihhi..... ni yang i nak bagi tau ni. tajuk entri tu sebenarnya adalah nama sejenis penyakit. rata-rata memang ramai yang tak tau kalau i sebut 'shingles' kan. megikut terjemahan literal bagi bangsa cina pulak, mereka namakan 'ular'. kalau mengikut kita ni orang melayu, penyakit ni dipanggil 'kayap'. hahhhh dah tau kan??? bila sebut kayap semua orang tau. shingles/ular/kayap juga dikenali sebagai herpes zoster atau zoster dimana keadaan kulit yang sakit kelepuhan. zoster adalah disebabkan virus 'varicella zoster virus'~vzv yang juga menyebabkan chickenpox pada manusia. sesiapa yang pernah kena chickenpox masa zaman kanak-kanak, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi mendapat shingles/ular/kayap. ini adalah kerana, jika seseorang itu mendapat chickenpox, walaupun selepas pulih dari sakit ini, virus vzv masih kekal berumah didalam badan pesakit sepanjang hidupnya. shingles disease is also considered as revisiting chickenpox disease.
dalam entri yang lepas-lepas, i pernah cerita pasal betapa merananya i disebabkan shingles ni~tak nak sebut kayap, buruk benor bunyinya....hihihi.... so hari ni i nak berkongsi sikitlah pengalaman i pada uolls. bukannya apa, manalah tau ada jugak kat luar sana terkena nasib yang sama macam i. pesanan i pada uolls kalau terkena je shingles ni, jangan panik atau malu-malu. terus dapatkan segera rawatan dari doktor dimana-mana klinik yang berdekatan dan lebih baik lagi kalau klinik tu adalah 'skin specialist'. bukan apa, sekiranya shingles ni dirawat pada peringkat awal, ianya boleh memendekkan tempoh jangkitan dan yang paling penting dapat mengurangkan risiko kesakitan yang lebih teruk selepas jangkitan atau dikenali sebagai post-herpetic neuralgia. kebanyakan orang kita selalunya lambat diagnos penyakit sebegini kerana kita lebih suka merawatnya dengan rawatan secara tradisional. orang melayu lah katakan, bila tau sakit kayap je terus nak jumpa bomoh atau dukun atau pawang. bagi orang bangsa cina pulak, bila mereka terkena sakit ular ni, mesti pergi ke sehseh untuk mendapatkan rawatan. bila dah pengetahuan kita tentang 'dermatomes' ni cetek, kemungkinan besar kegagalan mengetahui yang kelompok vesikel tu sebenarnya adalah zoster!
so for uolls information, the shingles can be treated with 'antiviral' and the treatment needs to be prompt within 72 hours. memanglah terapi rawatannya agak mahal tetapi ianya amat berkesan. seperti i, doc cuma bagi cream sapu bagi merawat rasa rengsa/gatal, kemerahan dan scars. antiviral yang diberikan pulak, mesti dimakan sebanyak 1 biji 5 kali sehari selama 5 hari. alhamdulillah..... selepas 5 hari tu i bernansur pulih..... cuma masih tinggal scars.
ada beberapa sebab bagaimana virus ini hidup semula dalam badan seseorang yang pernah mendapat chickenpox iaitu under stress and immune system damaged.
gejala-gejala shingles pula adalah ;
- demam beberapa hari dengan sakit kepala yg berterusan (tanda-tanda yg sepadan dgn influenza)
- paras tenaga yg menurun secara mendadak~keletihan fizikal
- masalah dengan sistem penghadaman
- badan rasa seram sejuk
- rasa gatal dikawasan badan dimana ruam telah mula merebak
- permukaan kulit melepuh kecil dan rasa pedih
- ruam melepuh yg tersusun seperti tali pinggang dari tulang belakang ke dada
jika shingles/ular/kayap tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk seperti;
- pesakit mungkin hilang penglihatan
- pneumonia
- berfungsi daripada beberapa organ sahaja
- pesakit mungkin mengalami masalah pendengaran
- oleh kerana penyakit ini berkait rapat dgn sistem saraf, pesakit mungkin mengalami keradangan otak~encephalitis
- boleh menyebabkan kematian sekiranya penyakit ini menjadi lebih teruk
mesti uolls nak tau kan, shingles atau kayap ni adalah penyakit yang boleh berjangkit ke tidak. penyakit ni bukan penyakit berjangkit walaupun virus vzv yang menyebabkan chickenpox boleh merebak melalui sentuhan langsung mana-mana orang yang sihat (dimana tidak pernah kena chickenpox sepanjang hidupnya) dengan ruam atau lepuhan terbuka daripada pesakit yang menderita sakit shingles/ular/kayap.
1 comment:
mintak simpang la..takot..
Post a Comment