The Ads

Search This Blog

Tuesday, October 11, 2011

Apa Nak Jadi!


good morning uolls!
aduhhh rindunya i kat uolls semua ni. uolls rindu tak kat i? hihihi....prasan jek i ni kann! sapalah pun yang nak rindu kat i ni. sang blogger yang biasa-biasa jek. kepada yang rindu tu, terima kasihlah yer kerana sudi menunggu catatan i yang dah lama menyejuk ni. sampai dah bersawang bagai dah blog ni dek kerana kesibukan tugas harian di office. sorry sangat-sangat yer uolls kalau lately i asyik tenggelam timbul. memang hati tu meronta-ronta nak mengupdate blog namun apakan daya masa dan keadaan sangat-sangat tidak mengizinkan.

dalam sibuk-sibuk kat office, ada jugak i dok intai-intai rakan fb dan group fb i tu, tapi intai-intai manja kata orang. macam-macam cerita... ada yang sedih, yang gembira, yang bahagia, yang marah, yang geram dan yang meluat pun ada! hahahahahhaa.......... apa-apa aje lah uolls. tapi sorrylah yer, i memang tak sempat nak komen.

ni sebenarnya i nak meluahkan sedikit kekesalan dan kekecewaan i pada segelintir manusia zaman sekarang ni. baru je kita dikejutkan dengan cerita seorang bapa yang boleh dianggap syaitan kerana sanggup meliwat anak sendiri yang baru berusia 23 hari. kenapalah manusia boleh membiarkan diri dikawal oleh nafsu bukannya fikiran? ishhhh sakit betul hati i ni dibuatnya, rasa macam nak je i cekik-cekik manusia tu biarkan dia mampus! 

macam pagi ni pula i ada terbaca di akhbar cerita pasal seorang ibu tunggal penagih yang menjual 4 orang anaknya kepada keluarga lain. apalah nak jadi dunia sekarang ni. bukan itu saja, si ibu tu juga sanggup menjual tubuh semata-mata nak menyara keluarga, dan yang paling menyedihkan lagi si ibu tu boleh pulak mengajar anak perempuannya yang berusia 16 tahun untuk menjual tubuh seperti yang si ibu tu lakukan setiap hari dan si anak juga telah sama-sama menjadi penagih seperti ibunya. kenapalah ceteknya pemikiran si ibu tu? bukankah kita sebagai ibu bapa harus melindungi dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi manusia yang berguna.

kita diberikan akal fikiran untuk menimbang sesuatu perkara yang mana baik dan buruknya. jangan terlau biarkan diri kita dikawal oleh perasaan dan nafsu. fikir dulu sebelum bertindak, dan yang paling penting apa saja yang kita lakukan, mestilah diambil kira juga faktor sekeliling terutamanya keluarga kita sendiri. i luahkan semua ni pun bukannya nak bagitau kat uolls yang i ni pandai sangat, tapi ini juga adalah ingatan pada diri i supaya terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang akan memudaratkan kehidupan i dan keluarga i yang sanga-sangat i sayangi.

I sAyAnG uOllS !


nota piede : tak rugi pun hidup kalau kita saling sayang menyayang walaupun mereka yang kita sayang itu bukan dari keluarga kita sendiri. 



8 comments:

Ibu Darwisy said...

morning kak iza..sy linduuuu...
kan kak, xtau la ape nak jadi...agaknye bapak tu dah kemaruk sgt dah tu..

Nurfaizah M Nor said...

CT : kak iza mmg geram betul tau baca cerita2 cam tuh!

oshin-jamel said...

morning kak....sdey sy ngn kesah2 cam nie....knpela harus berlaku kan....hmmmm :(

Nurfaizah M Nor said...

oshin : pelik kan manusia zaman skrg ni. tak de prasaan belas kasihan langsung!

Run Away said...

dulu ada ungkapan..'ibu mana tak sayang anak'...skrg dah ramai ibu tak sayang anak..;d

Nurfaizah M Nor said...

run away :betul sgt2. ibu sepatutnya melindungi bukannya menjerumuskan anak kelembah yg hina.

Azhafizah MN said...

fiza syg kak iza ^_^..
skng mcm2 bende yg diluar jangkaan boleh berlaku..takut nak dgr..

Nurfaizah M Nor said...

fiza : k iza windu n sayamm fiza!
rasa keibuan betul2 buat k iza menitis air mata bila baca kisah2 mcm ni.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com