The Ads

Search This Blog

Tuesday, October 25, 2011

Jamming Session!

keep on groovin'!!! huhu!
actually ni cerita last saturday night, tapi dek kerana busy memanjang kat office i tak sempat nak update dalam blog ni hah. so ni kira cerita dah basilah yer.... tak kisahlah, lagipun cerita ni i nak abadikan dalam blog kesayangan i ni buat tatapan permata hati i.

alamak.... i dah mula nak melalut pulak. oklah, last friday masa kat office en. pai call bagitau yang malamnya nanti dalam pukul 11 kitorang dapat jemputan untuk 'warm up stage'! adehhh dahlah lama tak jamming, tetiba nak kena warm up stage pulak...... kang ada jugak yang terpecah anak tekak! hhahaahhahahaa....

so lepas balik jer dari office, cepat-cepat siapkan dinner then makan, lepas tu suruh bebudak tido cepat especially si little faidhi tuh! puas dah tepuk tepuk, buat susu nak bagi dia tido, last-last si kakak dan abang yang tido. little faidhi masih terbunkang biji mata.... oleh kerana kitorang dah terlambat, en pai suggest bawa jer si faidhi.

sampai jer kat sana, kitorang disambut mesra dengan owner cafe tu ~ patio @21 dan otai dari kumpulan blackshed, mr lan. cafe tu memang sesuai untuk family bersantai sambil menjamu selera. suasana cafe tu pun nampak cozy dan sangat sesuai bila dihiburkan lagi dengan persembahan muzik dan nyanyian. actually mr. lan ni lah yang menguruskan segala kelengkapan stage. beliau adalah drummer blackshed yang tersohor suatu masa dulu and en. pai 's bestfriend! selalunya i dan en. pai akan jamming sama dengan mr. lan ni, tu yang dia invite kitorang untuk buat warm up stage malam tu. oleh kerana kitorang tak ready sangat malam tu, so jamming pun 3-4 buah lagu jer lagipun keybordist kitorang tak dapat dikesan.

jamming punya jamming, i terperasankan si little faidhi yang bukan main lagi hyper nye. siap menari shuffle, turun naik stage, dan langsung tak endahkan sesapa pun yang melihatnya. ingatkan bila dah pukul 12 malam energy dia akan menurun, tapi ini tak siap jadi photographer dok snap picture sesapa jer yang rajin melayan dia. oh ya, kalau uolls nak tau en. pai i main bass yer. actually kitorang ni dalam perancangan nak cari male singer yang bersuara husky dan keyboardist.....so ada sesapa yang berminat tak??? kalau ada silalah tinggalkan jejak kat komen tu yer... nanti i roger! cepat dapat singer and keyboardist, cepatlah kitorang dapat perform kat patio @21 tu.... meh layan picture malam tu...











nota piede : time i nyanyi tak dapat snap picture pasal i ni merangkap photographer jugak, walaupun time i menyanyi tu ada guest yang ambik gambo, takkan nak minta kat dia plak kann! poyo.....hehehe...


2 comments:

Azhafizah MN said...

keluarga ahli muzik ni..kak,satu lagu please kak..

Nurfaizah M Nor said...

fiza : suka2 je...muzik memberi ketenangan jiwa....hihi

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com