The Ads

Search This Blog

Thursday, June 23, 2011

Sambal Udang

salam semua.... tgh buat apa tu? dah mkn malam ke?
tentunya semua dah makan kan! yg agak rajin tu dah tentu masak
special malam ni, tak pun masak simple2 jek....
yang kemalasan melanda tu dah tentu makan kat gerai
or beli je kat sapar lamam pasar malam.
malam ni i masak simple.....hahhhh nak tau apa?
jom tengok resepi......





bahan-bahan :
25 ekor udang saiz medium
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
1 cm belacan
2 sudu besar cili boh
air asam jawa
garam dan gula

cara-caranya :
tumbuk atau blend pada yg malas
4 biji bawang merah, 1 biji bawang besar,
belacan. panaskan minyak dalam kuali,
kemudian masukkan cili boh. tumis
sampai garing dan kemudian masukkan
bahan yg telah di blend tadi. masakkan
sampai naik minyak. lepas tu masukkan
air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
bila sambal dah nampak cantik, baru 
masukkan udang dan bawang besar yg
telah dihiris. biarkan seketika hingga naik
minyak dan sedia untuk dihidang.

selamat menjamu selera!

2 comments:

Farah said...

terpesona....

lain kali masak lebih2 ... panggil den datang yooo....

Nurfaizah M Nor said...

farah: sila tinggalkan no tepon, akan dihubungi segera kalo ada pesta makan nanti hehe.....

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com