The Ads

Search This Blog

Sunday, July 17, 2011

Kari Kepala Ikan Special

as usual cuti hujung minggu i mesti
masak something special.....
uolls nak tau tak apa yang special tu?
jom kita usha resepi ni!

bahan-bahan a :
kepala ikan dan kepingan badannya
(i pakai ikan merah)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji tomato (dibelah 2)
1 biji terung bulat (dibelah 4)
5 biji bendi
4 biji cili hijau
kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
1 sudu kecil biji sawi
daun kari
daun pandan
daun ketumbar
garam
air secukupnya
5 sudu besar minyak masak

bahan-bahan b : (ditumbuk halus)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia

bahan-bahan c : 
3 peket kecil rempah kari ikan baba's
1 sudu besar serbuk kunyit
(bancuhkan dgn air)

cara-caranya :
panaskan minyak dalam periuk.
masukkan kayu manis, bunga cengkih,
bunga lawang, buah pelaga dan
hirisan bawang besar. apabila bawang
besar sudah kekuningan, masukkan
bahan b tadi dan kacau seketika sehingga
naik baunya. selepas itu masukkan
bahan c dan seterusnya biji sawi masakkan
sehingga naik minyak. masukkan daun
kari dan air secukupnya ikut keperluan
masing-masing. rasakan garam secukupnya.
apabila kuah dah mendidih, masukkan
terung dan biarkan sehingga separuh
masak dan diikuti dengan cili hijau dan
bendi. biarkan sebentar dan masukkan
ikan merah, daun pandan, daun ketumbar
dan buah tomato. kecilkan api dapur dan
biarkan ikan mesra dengan kuahnya
serta naik minyak. sedia untuk dihidang.

selamat mencuba!



2 comments:

Anonymous said...

menariknya kari tu

Nurfaizah M Nor said...

nak kita poskan ker???

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com