The Ads

Search This Blog

Monday, July 25, 2011

Panjatkan Doa Mu

salam pagi untuk semua readers!
mari kita sama-sama mulakan pagi isnin ni dengan memanjatkan doa agar kita semua mendapat keberkatan sepanjang minggu ni dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. setiap apa yang kita lakukan atau usahakan adalah lebih bermakna dengan diiringi doa dan syukur kepada NYA. ketahuilah semua bahawa dengan berdoa juga akan mendekatkan diri kita kepada NYA dan insyaAllah diri kita akan sentiasa dilindungi. pagi ni juga i nak share dengan semua serba sedikit perihal doa.....


Perihal Doa

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 
2. Menangis tatkala berdoa. 
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa: 
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" 
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka. 
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat. 
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


nota piede : sentiasalah mendoakan kesejahteraan ibubapa, suami atau isteri serta anak-anak kita.





No comments:

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com