The Ads

Search This Blog

Monday, July 4, 2011

Semangat Membara

assalammualaikum...
selamat pagi uolls!
just nak bagi tau uolls that i rasa macam terkilan sangat terlepas satu perkara yang tak sepatutnya i terlepas!
ni semua gara-gara weekend i yang terlalu sibuk nak mati, sampai tak de can nak mengadap blog.... frust betul i tau. sabtu dan ahad lepas, i memang tak duduk diam kat umah. bukan apa, sebenarnya i kena bawa mak i pergi beli barang2 persiapan untuk ke umrah. sekali sekala mak kita minta tolongkan, takkan kita tak boleh luangkan masa sikit. lagipun dah lama sangat mak i teringin nak berpuasa kat sana..... dan tahun ni niatnya itu dah tercapai. sebagai anak waktu-waktu beginilah kita mesti ada disisi mereka.
oklah straight to the point.... dah jauh pulak i melalot ni. uolls nak tau tak kenapa i berblog? i ni sebenarnya bukan pandai sangat nak bercerita, mengarang ke, ape ke.... tapi bila dah selalu berblogwalking, tiba-tiba timbul pulak perasaan nak ada blog sendiri jugak. uolls tau tak i create blog ni sebenarnya dah lama, tak silap i tahun 2010. tapi i punya 1st entry start baru je bulan april tahun ni. punyalah lambat nak datang semangat tu! so, sepanjang dari bulan april sehingga ke julai ni, supporting dari kawan-kawan dan pembaca-pembaca seolah membakar semangat i untuk terus berblog. apa tak nya, lebih-lebih lagi bila pagi ni dengan tak disangka-sangka followers i dah mencecah 50 orang! memang i tak sangka sangat-sangat dari berblog yang hanya suka-suka tu! memang i akui blog i tak sehebat mana pun, mostly cerita ceriti pun banyak yang pasal hal peribadi, family, friends, resepi istimewa air tangan i dan isu-isu semasa yang i ambil dari bernama. apa yang penting semua entry tu dapat dikongsi bersama buat pembaca-pembaca  i yang setia....semua yang i paparkan itu adalah ikhlas dari hati i tau....
oklah, sempena dengan followers i yang dah mencecah 50 orang ni dan kerna uolls jugaklah semangat i dah membara, i nak ambil kesempatan, dan ianya lahir dari hati kecil i yang tulus ikhlas, buat semua pembaca-pembaca yang setia terima kasih banyak-banyak kat uolls especially semua followers i yang dah banyak support kat ~MeLuvAmirAmira~ jasa uolls tu tak terbalas rasanya. semoga kita semua ni sama-sama berblog dengan cara yang sihat. i harap tidak ada mana-mana pihak pun menjadikan blogging ni sebagai medan pertelingkahan. anggaplah blogging ini adalah medan informasi yang tiada sempadan untuk kita sama-sama berkongsi. thanx again and luv uolls!

cheers!


2 comments:

Rohaizam Rosli said...

huhu... chaiyok2 uolz... huhu... mmg seronok bila ramai follow... huhu neway iejam akan terus sudi membaca entry2 akak... huhu~~~

Nurfaizah M Nor said...

iejam, thanx sudi follow n support blog akk yg tak seberapa ni.

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com