The Ads

Search This Blog

Friday, July 15, 2011

Nasi Goreng Kampung

malam ni malas nak masak
lagi pun en pai tak de
pegi main badminton
so yang paling ringkas
tapi kenyang
kita buat nasi goreng kampung
meh tengok resepi

bahan-bahan :

bahan a (ditumbuk halus)
1 biji bawang putih
3 biji bawang merah
20 biji cili padi

4 cawan nasi
1 biji telur
ikan bilis (dah digoreng)
1 kiub ikan bilis knor

cara-caranya :
panaskan minyak dlm kuali
tumiskan bahan a
masukkan kiub ikan bilis
kacau seketika
ketepikan tumisan ditepi kuali
pecahkan telur kacau perlahan
satukan dengan tumisan dan
masukkan nasi
kacau sampai rata
masukkan garam secukupnya
akhir sekali masukkan
ikan bilis goreng kacau seketika
dan sedia untuk dihidang

selamat menjamu selera!

1 comment:

Ummiakid @ lily said...

amboi..kemalasan melanda sekali keluar nasi goreng kampung, kalau akak telur goreng kicap jer...heehee...selera npk nasi goreng tu..bak sikit...!!!

Risparmio

Copyright © 2011 Reserved to MeLuvAmirAmira
Design by Azhafizah.Com